Sunday, September 12, 2010


Tips Berjaya Dalam Temuduga 

 

Sebagai peringatan untuk diri sendiri dan rakan-rakan yg bakal menempuh alam pekerjaan.

1. Hadir bersedia
Selidik semua maklumat tentang syarikat berkenaan. Dengan ini, anda akan secara bijaknya menyatakan kesesuaian bakat, kemahiran dan pengalaman anda dapat membantu mereka mencapai matlamat syarikat. 


2. Sampai awal
Sampai lebih awal sejam. Jangan biasakan dengan Malaysian Time Zone yang selalu lewat. Jika anda sampai lebih awal, anda akan lebih bertenang dan selesa sebelum menghadapi temuduga. Selain itu, masa yang ada boleh digunakan untuk mengisi borang. 


3. Pemakaian yang segak
Ingat bagaimana first impression memainkan peranannya? Tidak kira apa jawatan yang anda mahukan sentiasa berbaju kemeja (lebih baik plain colour), berseluar slack, berkasut dan berstokin. Bagi wanita, cuba elakkan memakai pakaian yang menunjukkan anda seorang yang lembik. Baju kurung sangat tidak digalakkan (kalau dah dapat kerja tu, barulah pakai baju kurung). Sebaiknya, wanita perlu memakai seluar panjang dan kemeja dengan blazer di luar semasa temuduga.
Mengapa pakaian penting. Pakaian melambangkan imej. Syarikat memerlukan imej yang baik dan salah satunya ditonjolkan oleh pekerja mereka. Selain itu, jika anda memakai pakaian yang segak, si penemuduga akan memandang tinggi, kerana anda sangat bersungguh-sungguh dalam menghadapi temuduga dan anda juga akan mendapat lebih keyakinan diri. 

4. Jawab soalan dgn tenang
Nervous?
Memang sentiasa ada dalam kebanyakan orang. Sesetengah calon sangat gemuruh, menyebabkan jawapan yang diberikan setengah masak. Jawab dengan tenang dan jelas. Tidak ada markah percuma kalau jawab dengan cepat. Dengar soalan dengan baik. Tarik nafas panjang (sambil berfikir), dan jawab dengan tenang. Kebanyakan soalan adalah standard dalam mana-mana temuduga. Dan biasanya soalan permulaan hanyalah ice breaking question (cerita latar belakang, keluarga). Untuk memberi masa anda bertenang. 

5. Jangan burukkan bekas bos anda
Pantang besar! Walaupun bos anda memang buruk rupa @ buruk perangai, jangan sekali-kali menceritakan dalam temuduga bagi meraih simpati. Sesetengah penemuduga akan cap anda sebagai troublemaker dan mungkin tidak percaya dengan alasan anda ingin berhenti kerja daripada syarikat tersebut. Ceritakan saja kebolehan, pencapaian @ kejayaan anda dan gunakan sebaik-baiknya. 


6. Fokus kpd kehendak syarikat tersebut
Jangan menyatakan sebab anda ingin bekerja dengan syarikat itu kerana pakej gaji lumayan @ faedah yang banyak. Ingat, anda sedang memasarkan diri anda. Sepatutnya anda bercerita tentang apa yang anda boleh beri kepada syarikat dan bukan sebaliknya. 


7. Jangan terlalu cepat berbincang pasal duit
Semua orang tentu inginkan gaji yang lebih daripada dahulu. Tetapi biarkan kisah gaji ini di akhir temuduga @ jika mereka mula bertanya tentangnya. Anda perlu meyakinkan mereka bahawa anda seorang yang sangat berkebolehan dan akhirnya berunding tentang gaji akan jadi sangat mudah. 


8. Ada sebarang pertanyaan?
Walaupun anda sudah faham semuanya, anda perlulah ‘berlakon’ dengan bertanyakan soalan yang menunjukkan anda sangat berminat dengan syarikat dan jawatan diberikan. Tanyalah tentang arah tuju syarikat, perancangan, cara kerja dan lain-lain. 


9. Jangan tunjukkan anda terdesak
Kerja memang susah nak dapat. Tapi simpan sedikit maruah anda. Jangan tunjukkan bahawa anda terlampau terdesak dan boleh menerima apa sahaja. Duduk dengan postur yang baik, berjabat dengan kukuh, senyum dan tunjukkan tahap keyakinan yang luar biasa. 


10. Mengikut etika temuduga
Tetapkan eye contact dengan penemuduga, pakai pakaian yg formal.

SELAMAT BERJAYA!
Sumber: Email

0 comments:

Post a Comment