0 comments Thursday, September 30, 2010


Jangan Terlalu Memilih Cinta

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

Pelajar: Guru, apakah erti cinta..? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: Ya, itulah cinta...

Di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan.......

TAMAT

Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

0 comments Wednesday, September 29, 2010

Favourite Movie #7 : The Curious Case of Benjamin Button (2008)


Director: Martin Scorsese
Writer: Laeta Kalogridis (screenplay), Dennis Lehane (novel)
Release Date: 15 April 2010 (Malaysia)
Genre: Drama, Fantasy, Mystery, Romance
Plot Summary: Tells the story of Benjamin Button, a man who starts aging backwards with bizarre consequences. The life of person which full of mystery, romance and curiosity. He fill his life with journey around the for many years and came back to his hometown to met his lover. Finally he became younger and more younger like baby until his death.
Rating: 8.0/10
My Rating: 8.1/10
More Info: IMDB

2 comments Saturday, September 25, 2010

Anda Percaya Dia?

Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu terhadapnya. Tapi mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia? Sebenarnya ada faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan.


Faktor 1 - Konsisten.
Kamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kamu apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh 'menjerat' kamu. Siapa tahukan!

Faktor 2 - Boleh dikawal

Perkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat kamu. Maknanya kamu boleh 'mengawal' dirinya dari melakukan perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak ragu-ragu dengan cara kamu.

Faktor 3 - Komitmen

Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu.

Faktor 4 - Kejujuran

Kejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur , ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

Faktor 5 - Terima seada-adanya

Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan. Usaha kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan.

Faktor 6 - Perlu dimengertikan

Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak. Malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri. Kamu juga tentunya berharap agar si dia mengerti tentang pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan hanya mendatar saja. Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan yang tidak dimengertikan dan menganggap diri kamu tidak dihargainya.

Faktor 7 - Simpati

Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Sebenarnya tidak mudah melakukan perkara ini. Tapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara-perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat kerana memahami sesuatu yang boleh mengganggu hubungan.

Faktor 8 - Diyakini

Bila rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik dalam hal-hal remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang boleh menyimpan rahsia ataupun tidak!

Faktor 9 - Perbezaan pendapat

Memanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat antara kamu dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing.

Faktor 10 - Elakkan dendam

Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana.

Faktor 11 - Berfikiran terbuka

Banyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada dibenaknya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan yang terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikri panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan barulah membuat keputusan. Tak semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu juga sebaliknya.

Faktor 12 - Tulus dan jujur

Ketulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang sedap didengar dan senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh 'menangkap' adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya.

Faktor 13 - Tak selalu didampingi

Bukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang inginkan sedikit kebebasan dan asal bijak mengawal diri itu sudah cukup memadai. Apa yang penting, jika si dia tidak menemani kamu, jangan pula berfikir yang bukan-bukan dan mulalah menganggap yang si dia sengaja mahu mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya sebaliknya ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri.

Faktor 14 - Jauh di mata dekat di hati

Saat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu. Apapun teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati.

Faktor 15 - Persamaan

Persamaan antara kamu berdua akan menguatkan lagi rasa cinta bila masing-masing yakin bahawa hubungan itu diimbangkan dengan prioriti utama. Jangan hanya mementingkan hak seorang diri saja dan haruslah mengambil berat tentang kedua belah pihak. Sebenarnya kamu berdua saling memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam perhubungan.

Faktor 16 - Tak saling menyalahkan

Tak selalu hubungan yang terjalin berjalan lancar dan adakalanya ia akan 'bergegar' jua. Hubungan cinta yang lancar haruslah tidak dilandasi sikap saling menyalahkan. Apa yang terjadi merupakan interaksi dari dua pihak yang memiliki kebebasan mengeluarkan pendapat dan keinginan yng berbeza. Menyalahkan antara satu sama lain bukanlah boleh menyelesaikan masalah sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan. Keegoan mungkinlah penyebab mengapa kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain.

Faktor 17 - Hormat-menghormati

Saling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu harus menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya hinggakan kamu berasa amat segan dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu pendamkan dan membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah kamu perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.

Faktor 18 - Penghargaan

Tidak salah sekiranya kamu menghargai si dia. Bukannya hendak menyanjung tinggi ataupun terlalu memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia tahu yang kamu amat mengharagi kasih dan dirinya. Caranya? Emmm... hanya kamu saja yang tahu bagaimana kerana lain orang lainlah caranya. Apapun kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan perasaan kamu serta jangan lupa harga perasaan dan dirinya.

Faktor 19 - Bukan materialistik

Bayangkanlah kalau kamu seorang yang materialistik? Mesti kekasih kamu 'pokai' dibuatnya. Mana taknya kalau kamu minta yang bukan-bukan. Dalam perhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama mengapa kamu memilih si dia. Jika ianya terjadi, hubungan kamu mungkin sukar bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap kamu.

Faktor 20 - Perancangan bersama

Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin kebahagian. Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan bersama. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecapi kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang indah dalam perhubungan. Begitu juga kamu bukan? Apa perancangan kamu agaknya ye?

Sumber: Email

0 comments Friday, September 24, 2010

Jalan-Jalan Cari Makan #6: Black Canyon Coffee

Name:
Black Canyon Coffee
Location: Jusco Perda
Time: 7.00 PM
Food Specialty: Western Food, Tom Yam, Ice Blended, and etc.




0 comments Wednesday, September 22, 2010


Cinta Tidak Perlukan Sebab


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka:
Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!


Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.


Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!


Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.



Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"


Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.


Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :


"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati" 

Sumber: Email

0 comments Tuesday, September 21, 2010

Nama-nama Anak Yang Dilarang Dalam Islam

 Sekadar untuk peringatan kepada yang baru berumah tangga dan yang akan menimang cahaya mata.

Abiqah
=
Hamba yang lari dari tuannya
Afinah
=
Yang bodoh
Asyar
=
Paling jahat
Asyirah
=
Yang tidak bersyukur atas nikmat
Amah
=
Hamba suruhan perempuan
Baghiah
=
Yang zalim, jahat
Bahimah
=
Binatang
Balidah
=
Yang bodoh, bebal
Bakiah
=
Yang menangis, merengek
Baqarah
=
Lembu Betina
Batilah
=
Yang batil, tidak benar
Dabbah
=
Binatang
Dahriyah
=
Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dahisyah
=
Goncang, stress
Darakah
=
Kedudukan yang rendah
Daniyah
=
Yang lemah dan hina
Dami’ah
=
Yang mengalir air matanya
Fasidah
=
Yang rosak, yang binasa
Fasiqah
=
Yang jahat, si fasik
Fasyilah
=
Gagal, kalah
Fajirah
=
Yang jahat, yang berdosa
Faji’ah
=
Kecelakaan
Ghafilah
=
Yang lalai, yang leka
Ghailah
=
Kecelakaan, bencana
Ghaibah
=
Hilang
Ghasibah
=
Perampas, perompak
Ghamitah
=
Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghawiah
=
Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu
Haqidah
=
Yang dengki
Hasidah
=
Yang hasad
Hazinah
=
Yang sedih
Huzn
=
Kesedihan
Khabithah
=
Yang jahat, yang keji
Khali’ah
=
Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khati’ah
=
Yang bersalah, yang berdosa
Khasirah
=
Yang rugi
Khamrah
=
Arak
Jariah
=
Hamba suruhan perempuan
Jafiah
=
Yang tidak suka berkawan
Kaibah
=
Yang sedih
Kafirah
=
Yang kafir, yang ingkar
Kamidah
=
Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah
=
Pendusta, pembohong
Lahab
=
Bara api
Laghiah
=
sia-sia, tidak berfaedah
La’imah
=
Yang tercela
Lainah
=
Yang terkutuk
Lahifah
=
Yang sedih, menyesal dan dizalimi
Maridah
=
Yang menderhaka
Majinah
=
Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah
=
Agama menyembah api atau matahari
munafikah
=
Yang munafik
Musibah = Celaka, bencana, kemalangan
Nariah = Api
Nasyizah = Yang menderhaka dan melawan suami
Najisah = Yang najis dan kotor
Qabihah = Yang buruk, hodoh
Qatilah = Pembunuh
Qasitah = Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
Qazurah = Kejahatan, perzinaan
Rajimah = Yang direjam, yang dilaknat
Razi’ah = Kecelakaan, musibah
Razilah = Yang keji dan hina
Sakitah = Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Safilah = Yang rendah dan hina
Sahiah = Yang pelupa
Sakirah = Pemabuk
Syafihah = Yang bodoh
Syaridah = Yang diusir
Syaqiyah = Yang menderita
Syarrul Bariyyah = Sejahat-jahat manusia
Syani’ah = Yang buruk
Syarisah = Yang buruk akhlak
Syatimah = Maki hamun
Syariqah = Pencuri
Talifah = Yang rosak, yang binasa
Tarbiyah = Yang papa kedana
Tarikah = Anak dara tua
Tafihah = Karut
Talihah = Yang tidak baik
Yaisah = Yang berputus asa
Yabisah = Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Wahinah = Penakut
Waqihah = Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah = Yang kotor
Wasyiah = Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
Wahimah = Yang lemah
Wahiah = Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wajilah = Penakut
Wailah = Bencana, keburukan
Waqi’ah = Pertempuran dalam peperangan, umpatan
Zalijah = Kebinasaan
Zalilah = Yang hina
Zalimah = Yang zalim
Zaniyah = Penzina, pelacur
Zufafah = Racun pembunuh


Sumber: Email

1 comments


10 Sebab Anda Perlu Berhenti Merokok

Ramai berkata mengatasi ketagihan rokok jauh lebih payah dari berhenti menagih dadah. Perkara ini diakui pakar perubatan dan bekas penagih. Walaupun tahu merokok membahayakan kesihatan seperti menyebabkan kanser paru-paru dan mulut serta penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD), tetapi ramai yang tidak mampu melawan pengaruh nikotin ke atas otak.

Jika anda perasan, antara garis panduan umum untuk mengelakkan penyakit atau mengekalkan kesihatan yang diberikan mana-mana doktor ialah berhenti merokok. Ini kerana merokok boleh menjadi agen perangsang kepada pelbagai masalah kesihatan dan penyakit kronik.

Mungkin hanya perokok saja yang tahu kemanisan merokok. Secara rasionalnya kita masih tercari-cari di mana manisnya merokok terutama di kalangan wanita. Tanpa sedar ia bukan saja membakar wang dan kesihatan tetapi turut menyebabkan gigi kuning dan berkarat – yang mencacatkan kemanisan senyuman!
 
Selain itu ada lebih 10 sebab mengapa anda perlu berhenti merokok. Masih ada masa untuk menyambut tahun baru dengan perubahan positif yang memberi manfaat kepada semua orang terutama diri sendiri dan orang tersayang.

Alzheimer – Merokok menyebabkan fungsi otak merosot 5 kali lebih cepat terutama bagi perokok berumur. Berdasarkan kajian ke atas 9,200 perokok lelaki dan wanita berumur 65 tahun ke atas yang disiarkan dalam jurnal Neurologi, didapati fungsi otak perokok merosot lebih cepat walaupun mereka tidak mempunyai sejarah keluarga mengalami masalah dementia (nyanyuk).
Bagaimana ini boleh berlaku? Merokok memberi kesan kerosakan berpanjangan terhadap salur darah, menyebabkan darah boleh membeku yang meningkatkan risiko serangan strok dan kemerosotan daya ingatan.

COPD dan kanser paru-paru - Satu-satunya punca kepada dua penyakit kronik ini ialah rokok. Risiko penyakit ini boleh dikurangkan dengan berhenti merokok seawal mungkin. Perokok tegar yang merokok sejak muda akan mengalami kerosakan paru-paru yang lebih teruk dan sedihnya kerosakan ini tidak boleh dipulihkan. Ada banyak kes pesakit terpaksa bergantung kepada bekalan gas oksigen untuk bernafas yang perlu dibayar dengan harga mahal sedangkan kita sememangnya dikelilingi oksigen percuma!




Kanser mulut - Banyak kajian menunjukkan antara punca utama kanser mulut ialah merokok selain tabiat makan sirih. Risiko kanser mulut akan hilang jika anda berhenti merokok dan semua masalah lain seperti ulser juga akan sembuh.

Lupus – Sistemik Lupus Eritematosus atau lupus adalah penyakit auto imun di mana sistem imun tersilap tafsir dan menganggap badan sendiri sebagai bahan asing yang perlu dihapuskan. Ini adalah penyakit auto imun yang kronik dan boleh mengakibatkan keradangan, kesakitan dan kerosakan tisu badan. Penyelidik Universiti Harvard mendapati perokok mempunyai risiko yang agak tinggi untuk mendapat lupus. Ini bukanlah penemuan yang menghairankan kerana asap rokok mengandungi lebih 4,000 jenis racun yang boleh menukar mana-mana fungsi badan termasuklah sistem imun. Bagaimanapun risiko ini boleh dihilangkan dengan berhenti merokok.

Sindrom bayi mati mengejut (SIDS) - Kajian yang dijalankan penyelidik Eropah ke atas 2,400 bayi mendapati daripada 745 kes SIDS, kurang daripada separuh (50%) kematian disebabkan bayi tidur meniarap atau mengiring. Hampir 16 peratus kematian dikaitkan tidur bersama ibu terutama yang merokok dan risikonya dikatakan 17 kali ganda lebih tinggi.

Bayi alami masalah sakit perut - Pendedahan kepada asap rokok boleh meningkatkan risiko masalah kolik atau sakit perut. Inilah rumusan dari lebih 30 kajian di seluruh dunia. Masalah sakit perut bermula beberapa minggu selepas bayi dilahirkan dan kes paling tinggi dicatatkan apabila bayi berumur lima hingga lapan minggu yang boleh berlarutan sehingga umur mencapai empat bulan.Asap rokok boleh menaikkan paras hormon dalam darah dan usus yang dipanggil motilin. Hormon ini akan membuat pengecutan otot perut dan usus menjadi laju – yang secara tidak langsung mempercepatkan pergerakan makanan. Inilah sebabnya bayi boleh mengalami sakit perut dan berasa tidak selesa.

Risiko mati pucuk – Pasti ada perokok yang mendakwa walaupun kuat merokok, mereka tetap ramai anak. Itu bagi perokok yang bertuah dan anda perlu bersyukur dikurniakan cahaya mata. Kurniaan itu seharusnya dipelihara sebaiknya dengan tidak mendedahkan anak-anak anda kepada racun asap rokok.Prestasi di bilik tidur memang penting bagi lelaki dan untuk mengekalkannya, anda perlu berhenti merokok. Soal selidik ke atas hampir 5,000 lelaki di China mendapati mereka yang merokok lebih sekotak sehari mempunyai kecenderungan sebanyak 60% mengalami masalah mati pucuk berbanding bukan perokok.Secara keseluruhan 15% perokok mengalami masalah ereksi berbanding 12% lelaki tidak merokok seperti yang dilaporkan dalam Seminar Pencegahan dan Epidemiologi Penyakit Kardiovaskular di Miami, Amerika Syarikat.Mati pucuk bukan sekadar masalah di bilik tidur saja. Ia sebenarnya menjadi petanda paling penting kepada pelbagai masalah kesihatan lain dan merokok akan menyebabkan tahap kesihatan anda bertambah buruk.

Hilang penglihatan - terutama perokok berumur. Perokok mempunyai risiko empat kali lebih tinggi untuk menjadi buta disebabkan kemerosotan makular akibat penuaan. Lebih 25% kes kemerosotan makular yang boleh membawa kepada kebutaan berkaitan dengan tabiat merokok. Berhenti merokok boleh merendahkan risiko ini dan memanjangkan hayat penglihatan anda.


Artritis Reumatoid - Individu yang mempunyai genetik lemah akan lebih mudah mendapat artritis reumatoid jika mereka merokok. Kajian penyelidik Sweden mendapati risikonya ialah 16 kali lebih tinggi berbanding individu tidak merokok.

Berdengkur – Masalah yang memalukan ini biasanya lebih buruk di kalangan perokok. Bahkan pasangan anda yang tidak merokok juga akan mendapat kesannya. Lebih 24% perokok tidur berdengkur berbanding 20% kumpulan yang sudah berhenti merokok dan hanya 14% bagi golongan tidak pernah merokok.
Perokok sekunder (orang yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok) juga mendapat tempiasnya. Kajian mendapati 20% individu yang menghidu asap rokok di rumah berdengkur.

Kanser payudara - Wanita yang mula merokok sebelum berumur 20 tahun atau sekurang-kurangnya 5 tahun sebelum mereka hamil dan merokok bagi tempoh yang lama mempunyai risiko yang jauh lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara.Kadar kelaziman kanser payudara di kalangan perokok dan perokok sekunder ialah 30% dan ini adalah jumlah yang membimbangkan kerana jumlah perokok wanita kian bertambah setiap tahun. Kanser payudara pula adalah antara penyakit yang belum ada cara untuk mencegahnya.Biasanya ibu amat marah dan kecewa jika bayi mereka digigit nyamuk tetapi ramai yang tidak sedar dengan merokok mereka sebenarnya mendedahkan anak kesayangan kepada lebih banyak ancaman kesihatan. Jadi jika anda benar-benar sayangkan anak, berhentilah merokok.

Sumber: Email
Blog: Sihat Selalu Blog

0 comments Friday, September 17, 2010

Jalan-Jalan Cari Makan #5: Ramadhan Bazaar Kota Bharu

Name:
Ramadhan Bazaar Kota Bharu
Location: Kota Baru, Kelantan
Time: 6.00 PM
Food Specialty: Malay Food, Budu, Nasi Dagang, Nasi Kerabu and Variety of Kuih-Muih.



0 comments Thursday, September 16, 2010

Malaysia Day


0 comments Sunday, September 12, 2010


Tips Berjaya Dalam Temuduga 

 

Sebagai peringatan untuk diri sendiri dan rakan-rakan yg bakal menempuh alam pekerjaan.

1. Hadir bersedia
Selidik semua maklumat tentang syarikat berkenaan. Dengan ini, anda akan secara bijaknya menyatakan kesesuaian bakat, kemahiran dan pengalaman anda dapat membantu mereka mencapai matlamat syarikat. 


2. Sampai awal
Sampai lebih awal sejam. Jangan biasakan dengan Malaysian Time Zone yang selalu lewat. Jika anda sampai lebih awal, anda akan lebih bertenang dan selesa sebelum menghadapi temuduga. Selain itu, masa yang ada boleh digunakan untuk mengisi borang. 


3. Pemakaian yang segak
Ingat bagaimana first impression memainkan peranannya? Tidak kira apa jawatan yang anda mahukan sentiasa berbaju kemeja (lebih baik plain colour), berseluar slack, berkasut dan berstokin. Bagi wanita, cuba elakkan memakai pakaian yang menunjukkan anda seorang yang lembik. Baju kurung sangat tidak digalakkan (kalau dah dapat kerja tu, barulah pakai baju kurung). Sebaiknya, wanita perlu memakai seluar panjang dan kemeja dengan blazer di luar semasa temuduga.
Mengapa pakaian penting. Pakaian melambangkan imej. Syarikat memerlukan imej yang baik dan salah satunya ditonjolkan oleh pekerja mereka. Selain itu, jika anda memakai pakaian yang segak, si penemuduga akan memandang tinggi, kerana anda sangat bersungguh-sungguh dalam menghadapi temuduga dan anda juga akan mendapat lebih keyakinan diri. 

4. Jawab soalan dgn tenang
Nervous?
Memang sentiasa ada dalam kebanyakan orang. Sesetengah calon sangat gemuruh, menyebabkan jawapan yang diberikan setengah masak. Jawab dengan tenang dan jelas. Tidak ada markah percuma kalau jawab dengan cepat. Dengar soalan dengan baik. Tarik nafas panjang (sambil berfikir), dan jawab dengan tenang. Kebanyakan soalan adalah standard dalam mana-mana temuduga. Dan biasanya soalan permulaan hanyalah ice breaking question (cerita latar belakang, keluarga). Untuk memberi masa anda bertenang. 

5. Jangan burukkan bekas bos anda
Pantang besar! Walaupun bos anda memang buruk rupa @ buruk perangai, jangan sekali-kali menceritakan dalam temuduga bagi meraih simpati. Sesetengah penemuduga akan cap anda sebagai troublemaker dan mungkin tidak percaya dengan alasan anda ingin berhenti kerja daripada syarikat tersebut. Ceritakan saja kebolehan, pencapaian @ kejayaan anda dan gunakan sebaik-baiknya. 


6. Fokus kpd kehendak syarikat tersebut
Jangan menyatakan sebab anda ingin bekerja dengan syarikat itu kerana pakej gaji lumayan @ faedah yang banyak. Ingat, anda sedang memasarkan diri anda. Sepatutnya anda bercerita tentang apa yang anda boleh beri kepada syarikat dan bukan sebaliknya. 


7. Jangan terlalu cepat berbincang pasal duit
Semua orang tentu inginkan gaji yang lebih daripada dahulu. Tetapi biarkan kisah gaji ini di akhir temuduga @ jika mereka mula bertanya tentangnya. Anda perlu meyakinkan mereka bahawa anda seorang yang sangat berkebolehan dan akhirnya berunding tentang gaji akan jadi sangat mudah. 


8. Ada sebarang pertanyaan?
Walaupun anda sudah faham semuanya, anda perlulah ‘berlakon’ dengan bertanyakan soalan yang menunjukkan anda sangat berminat dengan syarikat dan jawatan diberikan. Tanyalah tentang arah tuju syarikat, perancangan, cara kerja dan lain-lain. 


9. Jangan tunjukkan anda terdesak
Kerja memang susah nak dapat. Tapi simpan sedikit maruah anda. Jangan tunjukkan bahawa anda terlampau terdesak dan boleh menerima apa sahaja. Duduk dengan postur yang baik, berjabat dengan kukuh, senyum dan tunjukkan tahap keyakinan yang luar biasa. 


10. Mengikut etika temuduga
Tetapkan eye contact dengan penemuduga, pakai pakaian yg formal.

SELAMAT BERJAYA!
Sumber: Email

0 comments Friday, September 10, 2010

Al-Quran & Kereta Sport

Cerita ini hanyalah sebagai tauladan untuk menyedarkan kita yang kadang2 terleka dengan nikmat dunia yang hanya sementara

seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya
mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda
memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si
ayah hanya tersenyum...si anak bertambah yakin, andai keputusan
peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi
miliknya..beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat
kesungguhannya..telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya
berbunga keriangan satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang...si anak tersenyum puas...
di
ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini
menjadi idamannya itu...si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si
anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anak
terkesima...sungguh...bukan itu yg kuhajatkan...dengan hati yang
berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah
ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat
membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya.... dalam pada itu, si
anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...penutup kotak
dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover
kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...si anak
memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan...amarahnya
membuak...nafsu mudanya bergelojak...ayah sengaja mempermainkan
saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya
ayah x mampu utk membelikannya...sudah ayah...bukan al-Quran ni yang
saya nak...katanya keras...al-quran itu dihempaskan ke atas meja
bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau
sepicing utk si ayah bersuara...pakaiannya disumbatkan ke dalam
beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan
kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya.... 10 tahun berlalu..si
anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai syarikat sendiri...dengan
isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...cukup membahagiakan...namun
hatinya tersentuh...sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak
pernah menjenguk ayahnya...sedang dia berkira2 sendiri...telefonnya
berdering...dari peguam ayahnya...ayahnya meninggal dunia
semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...si anak
diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan
harta...dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak
pulang ke banglo ayahnya...memerhatikan banglo yg menyimpan 1001
nostalgia dlm hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila
mendapati di atas meja di bilik bacaannya...al-quran yang di
hempaskannya masih lagi setia berada di situ...bagaikan setianya hati
ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...perlahan2 langkahnya
menuju ke situ...mengambil al-quran itu..membelek2-nya dengan penuh
keharuan...tiba-tib! a...jatuh sesuatu dari al-quran itu...segugus
kunci...di muka belakang al-quran itu...sebuah sampul surat ternyata
diselotepkan disitu...kunci itu segera dipungut...hatinya
tertanya2...nyata sekali...di dalam sampul surat itu...terdapat resit
pembelian kereta idamannya...dibeli pada hari konvokesyennya...dengan
bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah... sepucuk warkah..tulisan
tangan org yg amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk

putera kesayanganku....air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk

sembilu..penyesalan mula bertandang...namun semuanya sudah terlambat...

sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam

keadaan yg kita hajati?? aku bukannya yang terbaik utk memberi


nasihat...sekadar berkongsi ilmu..utk saling mengingati...wassalam
Sumber: Email 

0 comments Tuesday, September 7, 2010

Jalan-Jalan Cari Makan #4: Ramadhan Bazaar Semanggol

Name:
Ramadhan Bazaar Semanggol
Location: Semanggol, Bukit Merah
Time: 5.00 PM
Food Specialty: Malay Food, Satay, Fresh Sugarcane, and Variety of Kuih-Muih.



0 comments Friday, September 3, 2010

Jalan-Jalan Cari Makan #3: Soul Garden

Name: Soul Garden Restaurant
Location: Juru Autocity
Time: 7.00 PM 
Food Specialty:Steamboat, Seafood, BBQ Chicken, Variety of Ice Cream and etc.